Gunakan PayPal jika anda mahu shopping online

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Terima kasih. Anda adalah pengunjung yang ke ...

Friday, April 17, 2009

Promosi Dari Unit Pembestarian SMK Tambunan

Salam sejahtera diucapkan kepada semua guru Sementa. Sempena dengan bulan Samatict yang baru sahaja dilancarkan pada 5hb April, Unit Pembestarian Sekolah akan menganjurkan beberapa kursus / bengkel / Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kepada guru-guru yang berminat.

Kursus ini hanya akan dijalankan sekiranya mendapat sambutan daripada guru-guru kita. Di sini akan disenaraikan kursus-kursus yang akan ditawarkan. Jika anda berminat anda perlu mengisikan nama anda beserta dengan kursus yang ingin diikuti. Berikut merupakan senarai kursus yang ditawarkan:

1. Bengkel menggunakan forum secara online dalam membantu proses PnP.

2. Bengkel membangunkan blog untuk mempelbagaikan kaedah PnP.

3. Bengkel penggunaan e-mail dan messenger dalam mempelbagaikan kaedah komunikasi dalam PnP.

Kepada sesiapa yang berminat jangan segan-segan untuk menulis nama anda di ruangan yang disediakan. Objektif utama kursus ini bukanlah sekadar untuk meningkatkan kualiti dan mempelbagaikan kaedah PnP anda, tetapi ia sebenarnya bertujuan untuk memupuk minat dan penglibatan guru-guru dalam ICT yang mana sangat membantu dalam kerja harian kita.

Secara tidak langsung, penglibatan anda dalam kursus-kursus seumpama ini akan menyumbang kepada program pembestarian sekolah dimana kita mahu semua guru kita peka dan dapat mengaplikasikan ICT dalam pendidikan.

NOTA: PENYERTAAN INI HANYA DITUJUKAN UNTUK GURU-GURU DARI SMK TAMBUNAN SAHAJA. PENYERTAAN ADALAH TERHAD, JIKA ANDA BERMINAT ANDA BOLEH BERJUMPA TERUS DENGAN PENYELARAS BESTARI SEKOLAH, JOSEH ANTHONY UNTUK MENDAFTAR. SEKIAN DAN HARAP MAKLUM.


Tuesday, April 7, 2009

Majlis Pelancaran Samatict Month (April 2009)